Friday, December 17, 2010

Mengajar Anak

salam.....

alhamdulillah tak sampai sebulan ajar harith poo and pee, dia dah pandai sekarang. pakai pampes time nak tido saja. tu pun mlm kadang2 dia kejut sebab nk kencing. bila suruh kencing je dlm pampes dia tak nk.

kali nie aku nk cerita pasal didikan awal kanak-kanak. Di sebabkan aku tak bekerja aku selalu search internet pasal early education for children. ada jugak aku praktikan apa yg member2 buat kat anak2 depa. contohnya cartoon. nie member kay yg bgtau. dia nie cina...kay penah tanya mcm mane u ajar ank u ckp english? jwb member tu senang je...i tak ajar pun bg je tgk cartoon, tp make sure jgn alih bahasa kpd bm biar dlm english. so harith pun aku bg tgk cartoon. tapi cartoon yg bagus la, contoh dora the explorer, go diego go, mickey mouse club house, handy many, special agent oso and cartoon kat channel playhouse disney. cartoon2 mcm nie dlm menghiburkan dia mengajar gak, ajar ABC's, 123, shape, color n byk lagi. dulu kay search n download semua cartoon nie. tapi sejak thn lepas kita org tambah channel cartoon dlm astro.

selain cartoon, kita org byk gak download lagu2 nursery bg harith tgk. so alhamdulillah skrg harith lancar dah alif, baa, taa sampai ya, 123...12, ABC...Z, shape, color, part of the body, animal n fruit.

harith ank yg lasak dan active...so budak2 mcm nie kena la ajar dgn sabar. walaupun nampak mcm tu tapi harith cepat tangkap. so pada sesiapa yg nk ajar anak dia tapi ank2 tak beri tumpuan kena lah sabar. bagi je tgk video, cerita, cartoon or flash card ulang2 kali. insyaAllah nnti dia dpt tangkap.

so lepas nie aku nk try Sichida methods lak. apa itu Sichida nanti aku cerita kat lain entry. kalo nak hantar p kelas aku rasa tak mampu...so kita practise sendiri huhuhuhu.

Tuesday, December 7, 2010

Lost World of Tambun

salam...

ahad lepas lepas kay p keje 6.30 pg tu aku pun update blog nie. tetiba dlm kul 7.30pg aku dengar kete kay. kay balik sbb kilang shutdown. kay punya la geram, sbb planning nk p bercuti tak jadi sbb kena keje hari ahad tu , alih2 shutdown gak.

so apa lg ligat la kepala otak duk planning nak p mane ari ahad tu. so kita org decide p Lost World of Tambun. apa lg pagi tu lepas breakfast terus siap2 p sana. dr umah aku dlm sejam 45minit. sampai sana punya la ramai manusia. nk beratur beli tiket punya la pjg...akhirnya dkt kul 12 baru dpt masuk.

kita org tak la terus mandi...kami p pusing satu lost world of tambun tu dulu. than baru mandi. harith mula2 takut air. bila dah try main slide tu terus tak nk berhenti. lepas puas mandi balik tu kami p mkan mee udang banjir kat kuala sepetang...yuhooo


dah nak balik harith pun tido dah







makan mee udang banjir kuala sepetang

Sunday, December 5, 2010

kenduri..kenduri..kenduri

salam...

musim2 cuti sek mcm nie byk la undangan perkahwinan yg aku dpt. org kelantan ckp g make gulai. semalam je ada 3, ari nie 2 kenduri. tapi semlm sempat p 2 kenduri je. sebab ketiga-tiga kenduri agak jauh. paling jauh di jitra, kenduri deqla aku tak p pun. tak sempat takut sampai2 dah hbis dah kendurinya. sory deqla.

first kenduri aku p kenduri kawan satu tempat keje kay, kak fazila kat parit buntar. pas tu terus p padang serai, kenduri sedara mara jiran sbelah rumah. pastu nk hujan terus balik umah, dah kenyang tidor.

hari ni punya kenduri aku tak p, sbb kay keje. pas tu kawan nk p pun tak de. harith active sgt takut aku nk bwk sensorg. ada msa dia boleh dgr kata, ada masa harith terlalu active. lg kalo nampak budak2 ramai2. mcm smlm terjatuh sampai pecah mulut kat kenduri kak fazila. kat kenduri kat padang serai dia boleh duduk diam.

so aktiviti ari nie duduk rumah masak. ari nie aku nak masak Macaroni bakar...yuhuu

Saturday, December 4, 2010

Puncak Mutiara, Kg Pelet

Makan time....aku suka. Hehehe.....jumaat mlam sabtu ari tu kami mkn di Puncak Mutiara Cafe kat Kg Pelet. Best tempat nie, cantik. Mkanan yg special kat sini beriani kambing. tapi mlm tadi kami tak oder pun beriani. kami oder western food. sesiapa yg suka mkn kambing, mesti suka tmpat nie. daging2 kambingnye fresh dari ladang. selain dari restoran, tauke kedai nie buat kandang ternakan kambing kat belakang kedai. masa ramadhan ari tu siap ada kambing golek....memang best! tempat mkn dia pun best, dia buat pondok byk2 siap bertingkat2. kalo siang leh la tgk kandang kambing, arnab dan ostrich.

mlm tadi harith tak leh duduk diam, punya la teruja tgk ikan2 kat mini kolam kat restoran tu. yg aku nie takut dia teronggeng dlm kolam tu je. seperti biasa bergilir2 la aku n kay tgkan dia. nie je gambar yg sempat snap. sbb mlm so gambar tak jelas sgt. almaklum la bukan dslr.....huhuhu


pondok tempat mkn

lamb chop pilihan kay

chicken chop untuk aku

Banana split untuk Harith tapi aku yg mkn

Wednesday, December 1, 2010

Mengajar Harith.....

salam semua....

hari ni entah dah masuk hari keberapa aku duk mengajar harith poo poo n pee dlm toilet. setiap 15 min aku set jam. selalunya sampai kul 1pm, lps tu aku pakaikan pampes sebb harith akan tido.

hari nie je, harith dah 2kali pee dlm seluar and sekali poo poo. geram gak kadang2 nk kena lap lantai n ganti seluar baru. tapi semua nie aku fikir balik nk bagi dia pandai so kena la sabar. kalo ikutkan harith nie dah lambat dah. kat 3thn tak pandai ckp nk pee lagi. aku tak leh la nak harapkan pengasuh untuk ajar, so time aku cuti nie la ku ajar harith hehehehe.

so sekarang nie selalulah aku dok tanya harith, 'nk pee tak?'. and he always said 'no'. and sometimes a few minute later he will call me...'ibu ashah'.' hey harith!' aku la tu huhuhu......
target aku by end of this month harith dah boleh ckp 'ibu nak pee'....nanti ibu suruh ayah beli potty seat untuk harith

Tuesday, November 30, 2010

Aku masih student....

sebelum nie aku cite aku seorg surirumah...sebenarnya aku masih student, mcm kelakar je bunyi. aku sambung blaja lg...entah la aku pun tak sure knp aku sambung balaja lg. kalo ikut kan aku lebih suka kerja pertama aku surirumah huahuahua.......
aku paling menyampah bila bukak FB jumpa kengkawan lama tanya aku buat apa la nie? aku suka ckp aku surirumah. kalo stop takat tu tak pe siap leh kata 'syangnya degree, tak keje'. so what? ko nk bagi aku kerje ker? aku kalo jumpa org mcm nie terus aku kata nk kuar ker, ank menagis ker tak pun aku akan jawab balik 'tak pe babe kan laki aku kaya'.......hahahaha sibuk sgt dgn org tak keje.
so sekarang aku masih student usm....naik nie aku dah sem2. aku tak le pandai, dan sekali lagi aku pun tak tau nape aku sambung balaja. tadi pagi ada panggilan dari usm suruh aku dtg usm untuk dissertation....hahahahaha aku ikut kpla otak aku je, aku mls p. my husband lak yg risau , takut2 ada hal penting.
so aku ari nie duduk rumah ajar harith mengaji, ABC, n mcm2 lagi. harith pandai dah so dia mcm bosan sikit...

My 1st time blogging

huhuhu....finally aku buat jugak blog aku sendiri....sblum ni ada blog just untuk berniaga. berniaga kah aku? boleh ker aku menulis?

aku buat blog sebab tak de benda nak buat. keje aku surirumah sepenuh masa. lps buat keje surirumah aku lepak depan laptop bca paper, FB, email n blog. selalu nye sampai bosan. dah bosan aku layan cite korea. tu la keje aku......tak productive langsungkan? hahaha...tapi aku suka, sebab aku dekat n banyak masa dengan my boys....cinta hatiku