Thursday, September 29, 2011

Warded

Sekali lagi aku pasrah n redha dengan ketentuan mu ya Allah. Kali ke2 aku mengalami completely abortion. Masuk 10 minggu kerisauan aku jadi kenyataan. Aku redha.


menunggu doktor dtg, muka ku yg pucat lesi

Kali ni doctor pakar yg cek aku pagi tadi, kata aku incomplete abortion.

Dr. Hairani: ok incomplete abortion. better D&C. u boleh start puasa la. Masuk ward.

Aku: Tak leh bagi turun mcm biasa ke doctor?( sebenarnya takut )

Dr Hairani: I takut tak turun mcm biasa tu la I suruh buat D&C. takut infection.

Aku: emm...ok.

Dgn rasa terpaksa n takut...p la aku ni di cucuk drip, di ambil darah segala bagai, tanda tgn surat operation dgn Dr cina yg mengantuk asik silap cakap pas tu nak marah org( nasib ko abis shif dah lepas tu).

1st time kena cucuk drip...sakit!

pukul 8pg Dr pakar (lelaki) yg shif pg lak masuk cek. Dr nie aku tgk cool je. Dia suruh aku di scan sekali lagi. Pukul 10.30pagi aku di scan di bahagian pakar O&G, Dr yg pukul 8pg tadi nie jugak yg scan aku.

Dr Ruhaifi : ok pada saya, kosong dah rahim. habis keluar. kalo ikut saya tak payah buat D&C.
(aku masih ingt lagi kata2 dr Ruhaifi ni jugak msa 1st abortion, D&C nie ada jugak risikonya)

Dr Ruhaifi : ke awak nak buat jugak D&C.

Aku: saya tak nk lah. kalo dah betul kosong. tak yah la D&C. (sebenarnya aku takut)

Dr Ruhaifi: kalo mcm tu awak boleh balik. lepas nie boleh makan mcm biasa la.

Aku: tq dr.

alhamdulillah capai handset nak bgtahu incik suami, tetiba terdengar nurse duk sound dari belakang..."boleh kuar hospital tghari nanti ye". chatt! tau je apa aku nk buat.

balik la aku dlm wad 10 katil 8 tadi. balik2 wad, rasa nk pitam di tambah sakit kat tempat drip dicucuk. Baru teringat tak makan apa lagi sebb dr Hairani suruh puasa. makan alas perut dgn roti kaya( breakfast pg tadi aku ambik simpan dlm beg...nasib baik ambik) tanpa air. tak de air aku nk minum sbb masuk hospital awal pagi n tak terpikir akan warded.

pukul 12.30thari aku terpaksa la p mintak nasi kat pantri. sbb nurse yg sediakan mkanan tu ingt aku puasa. kena jugak mintak sebab aku rasa nak pengsan, kebulur n kehausan.

lauk hospital

pukul 1.30ptg baru la my heroes dtg. mandi2, bayar bil n check out. than p lunch sekali lagi bersama my heroes. balik rumah...rehat sambil taip ini blog.

teringat kata2 semangat dari sorg sahabat yg sms pg tadi

'ampa sabar nah. kena pecaya Allah selalu bg yg terbaik utk kita. so kita kena redha, nk terima yg terbaik dr Allah. insyaAllah nnti ada rezeki lagi'

p/s: tq my heroes, kawan2 dikala kami jauh dari saudara mara: Aida, Fairuz, ila.

Saturday, September 17, 2011

Harith Penat lagi



Start semlm batuk harith jadi kerap dgn hingus mencurah-curah. Patutnya dari semalam lagi terus p klinik ambik ubat. Tapi mlm tadi baru p klinik. Balik klinik lepas mkn ubat harith dah mula penat. Sepanjang mlm merenggek dia ckp dia batuk. Nafas dia laju n berbunyi. kesian aku. Lelap 10 minit Harith akan terjaga dan merenggek. Nak je aku kejutkan incik suami ajak p hospital. Kesian tgk Harith bernafas mcm tu. Mcm org baru lepas berlari. Penat tu.

Tak cukup 6jam..aku bagi ubat lagi kat harith. Kesian tgk dia bernafas mcm tu. Lepas mkn ubat hampir kul 4pg baru harith lama sikit lelap, tapi kerap jugak bangun. Aku pulak tak sabar dah nak tunggu siang. Nak p klinik mintak harith sedut ubat.

kul 8.30pg kita org bawak harith p klinik. Dr suruh sedut ubat. Dr kata kalo p hospital kena tahan nie. Kat hospital sekurang-kurang 3 ke 4 kali kena sedut ubat. Lepas sedut Dr suruh balik makan ubat yg diberi mlm tadi. tghari sikit Dr suruh dtg lagi klinik sedut ubat.


pukul 2ptg baru aku p balik klinik. sedut ubat lagi. kesian anak ibu. balik rumah bagi harith ubat. nie sekarang harith tgh tido. harap2 dia bangun nnti dah kurang penat dia.

Ketam Masak Sambal

Brapa hari dah tak masak. Hari ni tak de kelas, pg2 lagi ajak harith p kedai cari barang nak masak. Ingat nye nak beli ayam, sekali nampak ketam terus beli. Beli 2 ekor je pun. Balik rumah terpikir nk masak apa ketam tu....last2 decide masak sambal je. Rasa teringin nk makan ketam sambal mcm kat Juru. Nak p sana malas. so masak sendiri.



bahan-bahan:
10 tangkai cili kering
4 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 inci halia
(semua bhn diatas di kisar)

2 ekor ketam (di belah 2)
1 btg serai ( dititik)
sos tiram
garam
gula

senang je masak nye....tumis serai dgn bahan dikisar, than masuk sos tiram, ketam, garam dan gula. siap! boleh la untuk 2 ke 3 org makan.

Thursday, September 8, 2011

Open House Kecil-kecilan

Semlm aku buat open house kecil-kecilan, panggil jiran2 sahaja. di sebabkan aku tak de kuih, so buat la masak2 sikit. buat soto je pun. incik suami aku arahkan beli kek marble n kek pisang di kedai. untuk tambahan, aku kuarkan gak kerepek pisang incik suami beli di tempat keje dia, kerepek kulit popia kak ipar bagi, cornfleks madu n mini popia yg aku buat. tu je kuih raya aku. ok la tu drpd tak de.

pukul 6 ptg start jiran2 dtg. Alhamdulillah pukul 8mlm semuanya selesai.