Thursday, January 20, 2011

Chim Chum....Food Village

seperti kebiasaan awal tahun kita org pasti balik kelantan. yuhooo.....alasannya nak buat road tx, padahal leh je sekarang nie buat guna myeg. kata kay saja je cari alsan untuk dpt cuti kalo tak, tak leh ler bercuti balik kg. selalunya balik awal tahun nie kelantan hujan n akan banjir. msa on d way balik tu sepanjang jalan hujan. kali nie balik kelantan kita org tak terus balik kg laut sbb ma tak de p kl. so kita org p la umah kakak kay kat kb. sampai2 rumah kakak kay banjir dah. so tak de la aktiviti. duduk umah tgk tv, makan, tido, bangun, tgk tv, makan n tido balik....tu je la. nak keluar pun tak best sbb hujan.

hari ke3 di kelantan baru keluar n balik kg laut sbb ma dah balik dr kl. malam ke4 di kelantan baru lah leh keluar sbb dah tak hujan. seperti biasa aku akan ajak kay p pasar borong wakaf che yeh. borong t-shirt untuk aku n harith, beli tilam toto n baju kelawar yg di kirim kwn2.

selesai memborong aku ajak kay p food village. dah lama teringin nk mkn chim chum. so mlm tu kita org p lah food village kat pengkalan chepa bersama-sama lisa my SIL. makan chim chum nie dia kira kepala satu kepala RM13.90. makan lah brapa banyak yg kita nk. mlm tu apa lagi aku kay, lisa n zie member lisa, ambik la sebanyak yg mungkin makanan......huhuhu bertapa tamak nya. sampaikan mlm tu kita org adalah org yg paling last keluar kedai, kedai tu pun dah siap2 kemas dah. nampak sgt betapa byknya kita org mkn.
chim chum

aku n kay lawan makan...yuhooo

masih lagi makan

juga masih lagi makan

Tuesday, January 4, 2011

Harith menuntut janji...

last month aku p kenduri kwn kay, black. disebabkan kenduri disebelah lelaki jatuh pd hari kay kerje so kita org p je kenduri di sebelah perempuan. kenduri nye kat balik pulau. bila aku p kenduri black nie, baru la aku tahu betapa jauhnye balik pulau tu. kita org memang bergantung pada GPS je untuk cari tempat kenduri tu. rasanye dah setting dah GPS tu untuk bg jalan yg paling cepat sampai. entah mana hala dia bawa kitaorg. naik turun bukit, jalan dah macam nak p cameron highland lalu tapah je rasa nye. kita org konon2 nye nak jimat kos n masa tak nak p perak selain mmg kay keje, tapi aku rasa mmg sama jauh je. dari kul 1 keluar umah kat kul 4 baru sampai. nasib sampai. sampai je terus makan. than borak2 dgn pengantin n bergambar.

Jan, Black, Kay, Harith
Balik kenduri kita org singgah di Megamall. Pusing2 dlm megamall harith memang tak nak dipegang. berlari la dia mencari mainan. tu je yg dia tahu. kay la yg tukang ikutkan kemana dia pergi. Entah macam mane masuk dlm pasific harith telah terjumpa apa yg selama nie dia idamkan. bila dah ambik tak nk lepas. ingatkan kali nie boleh la buat mcm selalu, pegang je bila dia dah lupa letak balik. tapi kali nie lain mcm sikit harith mmg tak nak lepas dah set mainan tu. sampai menjerit-jerit n merajuk. last2 terpaksa jugak beli. aku jugak melepas nak beli handbeg....Harith yg merajuk

set mainan yg di idamkan

bila balik rumah sukanya bukan main dpat mainan tu. bila aku ingat2 balik n cek dlm katalog cosway, rupa nye set mainan yg harith dpt nie sama dgn set mainan yg dia selalu tunjuk dlm katalog nie. dia selalu ckp dia nk mainan tu n aku selalu jwb mintak ayah belikan . patutlah tadi dia tak nak lepas sgt..tuntut janji. muka puas hati