Sunday, June 2, 2013

Setelah lama menyepi...

Salam....wah lama dah tak berblog. Apa alasan nk beri ye? Sebelum nya mmg busy menyiapkan thesis dan berviva. Lepas semuanya dah selesai kemalasan pulak melanda diri.

Alhamdulillah viva n thesis sudah selamat selesai masa bulan Februari ari tu. Nak jadikan cerita...lagi berapa minggu nak berviva aku jadi lembik, tak bermaya. Masa ni punya la berperang dengan perangai malas, lembik dan tak bermaya. Semua skrip viva, slide viva dibuat last minute. Bila start muntah2, loya2 so mula dah syak ada yg tak kena dgn aku. So bila cek2, alhamdulillah. Rupanya semua ni sbb nak tambah ahli keluarga.

45minit ke 1jam drive ke USM buatkan aku jd tambah lembik. Gagahkan juga demi nak habiskan master ni. Tak tau mana silapnya dugaan datang lagi. Lagi beberapa hari nak viva aku bleeding. Rasa sedih dah. Mungkinkah peristiwa tu akan berulang kembali. Sedih dah ni. P klinik pakar wanita di Kulim ni. Dr kata ada kantung sahaja and a dot. " u byk2 berdoa yer, semoga ada keajiban berlaku. Lagi seminggu u dtg kita scan balik tgk ada perkembangan atau tidak" sedih bila Dr kata mcm tu. So sepanjang nak sampai ke hari viva, aku masih bleeding. Aku just pujuk hati kalo ada rezeki, Allah akan beri.

Hari appointment Dr adalah hari aku viva. Aku p viva bg selesai semua tu. Alhamdulillah viva berjalan lancar. Thesis perlu dihantar pada 27hb Feb. Aku hanya dgr sekali lalu then yg penting aku balik rumah rehat serehat2nya. Malas dah fikir. Berperang pulak nak p jumpa Dr nak scan untuk tgk perkembangan kandungan aku. Aduh masa ni stress gila. Rasa takut nak tgk kalau2 masih kosong. Aku delay hari scan. Biar aku rasa kuat dulu untuk hadapi semua jawapan yg bakal aku terima.

Seminggu jugak aku delay nak p scan. Mabuk aku semakin menjadi pulak. Time nak p mengajar la mabuk tu datang. Satu hari tu aku sorg2 kat rumah, incik suami kerja, Harith sek aku terasa nak p klinik p scan. P klinik kat dgn rumah je. Bedebarnya hanya tuhan yg tahu.

Ya keputusannya Alhamdulillah. Dah nampak ada bentuk janin. Alhamdulillah. Syukur sgt2. Bila dah confrm. Mula la menjadi2 mabuknya. Tu membuatkan aku lagi malas nak buat apa2. Blog ni memang tak bukak la. Aku betul2 layan lembik aku. Rumah pun aku tak peduli sbb Dr pesan jangan buat kerja berat2, mop2 lantai. So memang aku melayan diri je. Sbb mmg ni yg aku nk dan tunggu selama ni. Harap sgt kandungan kali ni ok sampai bersalin. Thesis pun aku hantar last minit. 27 hb hari last, 27hb jugak la aku hantar. Huhuhuhu

Sekarang kandungan aku dah 28weeks. Alhamdulillah semuanya sihat. Walaupun ada jugak dugaan masa awal2 pregnancy ari tu. Harapnya semuanya selamat sampai bersalin nnti.

Saturday, November 24, 2012

Roti Keramat

Bangun pagi ari ni terasa nak buat roti keramat untuk breakfast. Semalam lagi dah fikir nak buat roti keramat untuk breakfast. Tepung gandum pun dah siap-siap beli semalam. Bahan-bahannya senang je. Tepung gandum, telur, minyak, garam, gula, soda bikarbonat dan air. Sebenarnya resepi ni arwah Maa yang ajar. Sejak dia tgk harith suka makan dia ajar aku buat. Sebenarnya ada sukatan masa dia ajar tu, berapa tepung, brapa minyak tapi biasalah aku ni main ikut suka je. Janji garam and soda bikarbonat tu sikit je. Gaul semuanya sampailah jadi adunan yang sebati. Ada gak tip dari arwah, kalo nak tgk adunan kita tu dah ok blum, tak pekat sangat dan tak cair sgt. Berdasarkan tu ja la aku buat bancuhan adunan ni. Sebab tu tak ikut sukatan. Main masuk je dan bancuh asal jadi mcm yang Maa tunjuk tu jadi la. Kalo tak aku tambah tepung tak pun tambah air...hahahaha.


Nampak je tak cantik. Tapi sedap. Habis Harith n Incik suami makan. Petang ni tadi harith bangun tido mintak lagi. Sebab lapar kot baru bangun tido dan hujan lagi pun. Sedap makan roti keramat hujan-hujan mcam ni dengan milo panas. Dulu masa Maa ajar aku buat ni pun dalam hujan. Ingat lagi masa tu dapur lama lagi. Tak silap esok nya air naik. Harith sempat la main air banjir dalam dapur tu. Emm...semua tu kenangan. 



Friday, November 23, 2012

Pergi Mu Buat Selama-lamanya....

18 NOV 2012...tarikh yang tak akan kami lupakan. Maa pergi buat selama-lamanya menghadap penciptanya. Allahuakbar...tak terbendung rasa sedih dihati. Aku yang baru 5 tahun jadi family ni pun rasa sedih yg amat inikan pula anak2 arwah.

Banyak kenangan bersama arwah. Satu persatu kenangan tu kembali bermain diminda. Nak meraung aku mlm tahlil hari pertama sedang aku basuh pinggan, adik ipar ku melarang basuh pinggan. Selalunya Maa yang akan larang bila tgk aku basuh pinggan. Aku la menantu yang paling tak pandai buat kerja huhuhu. Lepas tu disambut pula sapaan dari adik sorang lagi "Kak Aja rindu Maa?" soalan tu aku biarkan tak berjawab sbb duk tahan air mata nak jatuh. Sememangnya aku seorg yg kememe. Walaupun arwah seorang yang tegas dan garang tapi baik dan penyayang. Banyak aku belajar dari arwah...terutama bab berjimat cermat. May be sebab family incik suami yang ramai adik-beradik ni membuatkan arwah sentiasa berjimat cermat dan tak suka pembaziran. 

Masih terkesan ciuman terakhir arwah pada aku ketika aku n incik suami nak balik Kulim selepas raya haji bulan lepas. Memang lepas ciuman tu aku terdetik dalam hati sebab rasa lain dan selalu teringat-ingat. Rupanya itulah ciuman terakhir Maa. 

Mungkin selepas ni suram la suasana rumah di Kg Laut tu. Hanya tinggal abah sahaja yang akan menanti kepulangan anak-anaknya. Tiada lagi wajah Maa di tangga rumah menunggu dan mengira kepulang anak2nya satu persatu setiap hari Jumaat.

Al-Fatihah buat Maa...Semoga Maa tenang di sana dan semoga roh mu ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman dan beramal soleh...Amin


Saturday, April 28, 2012

Merajuk

Siapa selalu merajuk? Orang kata orang perempuan lebih mudah merajuk selain kanak-kanak. Kanak-kanak merajuknya sekejap saja. kadang2 tak sampai setengah hari dah lupa dan boleh di pujuk.
budak merajuk

bab yg org perempuan merajuk ni kadang2 terpikir susah ke nak pujuk org perempuan yg sedang merajuk? bagi aku kalo merajuk sebenarnya dia hendak dipujuk. sebab tu ada yg kadang2 sanggup sampai berhari2 merajuk. pada hal kalo pujuk sikit pun dah ok dah. perempuan nie just nak diberi perhatian je. tapi kalo bg org lelaki yg tak faham payah la jugak. sebab lelaki nie ada yg jenis buat dek je

mcm aku jugak, kalo merajuk, mmg aku nk org tu pujuk. tapi nasib diri dapat husband yg buat tak tau je. tu kadang2 aku sendiri pujuk diri sendiri. ada tu kadang2 bila kita merajuk, mengharap dia pujuk, tetiba si dia pulak merajuk. aku pun selalu terkena dan tertanya, siapa yg patut pujuk siapa pulak ni?hahaha...nasib diri.


dah 30tahun hidup n 5 thn berumah tangga nie mcm2 pengalaman dapat. mcm2 ragam rumahtangga aku tengok dalam kes merajuk nie. tapi yg penting kalo merajuk kena pujuk. jangan di biarkan lama2. takut nanti perasaan itu bertukar jadi benci bila merajuk org kita harapkan untuk memujuk buat dek je.


Tuesday, April 10, 2012

It's 30th

Alhamdulillah 30 dah aku. Mcm tak caya pulak. Tak de apa yg menarik pun birthday kali ni. Incik Suami pun just call wish dr tempt kerja. Siang harinye aku p library, menaip thesis. Cuma on the way nak ke USM tu dpt sms dr mak wish birthday kat aku. Tertouching lak aku time tu. Bukan apa dah 30tahun dah aku, tak dpat lg nak bg mak apa-apa. Teruknya la aku! Harapnye tahun nie rezeki tak mahal dgn aku. Aku percaya dgn aturan yg Allah dah buat, rezeki tu ada tapi rezeki tu rahsia Allah.

Terima kasih mak dah lahirkan org, bg kasih sayang Dan didikan yang sempurna. Cuma belum sempat lagi org nak balas. Sayang mak sgt2.

Thursday, February 23, 2012

Happy 4th Birthday Sayang

21.02.2012 birthday Harith ke 4 tahun. Alhamdulillah Harith membesar depan mata ibu dgn sihat, semakin bijak, byk akalnya n byk ragamnya jugak.

Birthday kali ni sambut kat sek sbb birthday harith jatuh pd hari sek. So aku buat la sikit preparation untuk buat birthday party sek n kat rumah. Buat 2 birthday party sbb Harith excited nak tiup lilin. kalo kat sek payah sikit nak tiup lilin segala bagai, so just jamu makan kawan2 sek dia.


kat rumah baru ada tiup lilin. nak sgt tiup lilin sejak tgk sepupu dia sambut birthday last year. Birthday kek yg nie tempah khas sikit, siap ada gambar kartun Diego lagi sbb harith suka tgk kartun nie.


Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Doa ibu semoga Harith menjadi anak yg soleh, dilindungi dan diberkati Allah selalu. Sayang Harith...muuaah.

Saturday, January 28, 2012

Harith masuk Tadika

fuhh...fuhh..fuhhh berhabuk dah blog nie. lama betul tak menulis. Tau2 dah masuk tahun baru....dah nak habis pun bulan January. Sepanjang bulan 12 n 1 aku betul2 busy. Assignment melambak2, mini project lagi, test lagi n bila dah nak final exam lecturer sibuk lah ganti kelas nak habiskan silibus. Incik suami pun busy sebab dia pun exam gak. Harith paling kesian...asik meragam je. sekarang nie baru free final exam habis dah. Boleh la layan harith n menghidupkan dapur yg dah lama tak berasap.

Dek kerana sibuk sgt last week baru berkesempatan mendaftar Harith sekolah. Planning pun last minit. Bila ustazah di Tadika tu kata masih boleh daftar masuk lagi kita org pun ambik keputusan daftarkan Harith.excited 1st day go to school

Hari pertama sekolah excited....masuk hari ke2 menagis dah tak mau sekolah. Ibu pulak tak sampai hati nak tinggalkan dia kat sekolah dengan menagis mcm tu. Ayahnye kata Harith boring kat situ, sbb main je. Boleh jadi jugak, ustazah situ beritahu, untuk 4tahun depa bagi main n belajar kendiri. Kenal huruf n membaca tu ada, tapi nxt week baru dapat buku. Incik suami kata masa aku tgh isi borang, mendaftar kan harith hari tu, harith dah excited tgk budak2 6thn duduk belajar siap ada meja ada kerusi. Alih2 masuk yg 4thn semua tu tak de. Tu yg buat dia tak mau p sek yg 4thn tu. Masa aku hantar ke sek hari ke2 tu siap dia menagis kata nak p big giant school (merujuk kelas 6thn punya).2nd day menagis, ustzh pujuk

Dah cuti dua hari nie, harap2 esok nak p sekolah. Tujuan hantar harith p sekolah supaya dia pandai berkawan je n pandai bawak diri. Nak hantar sekolah tadika lain, takut tak de org nak hantar n ambik harith bila ibu p kelas n ayah kerja. tak pe la kita tgk dulu mcm mane. esok sekolah lepas tu cuti sendiri, sampai 8hb feb, ayh nak bawak kita bercuti......yuhoo.