Friday, November 23, 2012

Pergi Mu Buat Selama-lamanya....

18 NOV 2012...tarikh yang tak akan kami lupakan. Maa pergi buat selama-lamanya menghadap penciptanya. Allahuakbar...tak terbendung rasa sedih dihati. Aku yang baru 5 tahun jadi family ni pun rasa sedih yg amat inikan pula anak2 arwah.

Banyak kenangan bersama arwah. Satu persatu kenangan tu kembali bermain diminda. Nak meraung aku mlm tahlil hari pertama sedang aku basuh pinggan, adik ipar ku melarang basuh pinggan. Selalunya Maa yang akan larang bila tgk aku basuh pinggan. Aku la menantu yang paling tak pandai buat kerja huhuhu. Lepas tu disambut pula sapaan dari adik sorang lagi "Kak Aja rindu Maa?" soalan tu aku biarkan tak berjawab sbb duk tahan air mata nak jatuh. Sememangnya aku seorg yg kememe. Walaupun arwah seorang yang tegas dan garang tapi baik dan penyayang. Banyak aku belajar dari arwah...terutama bab berjimat cermat. May be sebab family incik suami yang ramai adik-beradik ni membuatkan arwah sentiasa berjimat cermat dan tak suka pembaziran. 

Masih terkesan ciuman terakhir arwah pada aku ketika aku n incik suami nak balik Kulim selepas raya haji bulan lepas. Memang lepas ciuman tu aku terdetik dalam hati sebab rasa lain dan selalu teringat-ingat. Rupanya itulah ciuman terakhir Maa. 

Mungkin selepas ni suram la suasana rumah di Kg Laut tu. Hanya tinggal abah sahaja yang akan menanti kepulangan anak-anaknya. Tiada lagi wajah Maa di tangga rumah menunggu dan mengira kepulang anak2nya satu persatu setiap hari Jumaat.

Al-Fatihah buat Maa...Semoga Maa tenang di sana dan semoga roh mu ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman dan beramal soleh...Amin


No comments:

Post a Comment