Thursday, February 10, 2011

Pray For Hannah Damia

kali nie aku nk cite pasal anak buah aku Hannah Damia. Damia lahir 9/11/2010. sejak lahir dia tak keluar hospital lagi. asalnye damia hampir lemas time lahir hr tu n beratnya hanya 1.95kg.
Damia umur 18hari di HBP

berminggu di Hospital Batu Pahat, Dr dapat detect damia tak boleh menelan susu dgn baik. damia kena minum melalui salur. tapi selepas beberapa minit akan ada lendir keluar ikut hidung.
sebulan di HBP tak de perkembangan Dr HBP minta rujuk Dr pakar di HKL.
Isnin 24/1/2011 damia di bawa ke HKL dgn ambulance. selepas di x-ray, di buat barium test, Dr bgtau diagnosis nye saluran makanan damia tak kuat nk pam makanan yg masuk ke perut. Tgh mlm Khamis 27/1/2011, aku dpt tau Damia akan dibedah awal pg esok untuk di tebuk perutnya untuk letak saluran n beg makanan.

pembedahan start pukul 8pg n siap pukul 12thgari. lepas di bedah damia masuk ICU. alhamdulillah sehari je duduk ICU Damia boleh keluar wad biasa dah.
Isnin 31/1/2011 aku dtg KL terus lawat Damia kat IPHKL. sedih aku tgk keadaan Damia. dgn byk wayar di cucuk di tangan n kaki damia n byk lebam2 dekat bekas2 kena cucuk. masa aku tgk nie muka, kaki Damia bengkak2. Kakak aku kata sbb kesan masuk air. muka jadi sembab air.
Damia selepas dibedah kali pertama


Esoknya aku dtg lawat damia lagi.....kali nie aku dpt tgk luka bedah damia. mama damia agak tak puas hati sbb kena cuci luka sendiri tanpa bantuan nurse. time nie la aku dpt tgk ada jahitan yg di bedah tu tak bercantum...berlubang sebesar pusat org dewasa. kesian la aku tgk damia. setiap kali mama cuci n sentuh perut Damia nagis. tiap kali menangis akan ternampak ada benda terjojol keluar dari lubang yg tak bercantum tu. bila tanya nurse, nurse boleh ckp tak de apa...nti dia bercantum balik..memang mcm tu. pelik nye aku. aku pun dapat rasa kesakitan nye nie kan pulak baby yg baru 2 bulan stgh.

mlm tu blom sampai rumah di damansara damai mama Damia sms bg tau Damia akan di bedah lagi mlm tu untuk masuk kan kembali usus yg terkeluar. time tu aku rasa mcm nak tumbuk muka nurse yg kata tak de pape tu. mama damia dah nagis2, tak sampai seminggu Damia kena bedah lagi. Damia kena kuat syg....

selepas di bedah, Damia diberi ubat tido untuk dia rehat n tak byk bergerak. 5hr di icu, 5hr juga damia tido...hari ke6 lepas bedah mama damia bg tau damia mula celik dah sikit2. alhamdulillah..luka bedah pun mula kering. smlm hari ke7 aku dpt tau damia kritikal. adik aku cerita sambil nagis2. damia di beri alat bantuan pernafasan. Dr bgtau paru2 damia dijangkiti kuman. Ya ALLAH dugaan apa kah ini? Kau kuatkan Hannah Damia untuk kembali sihat, pulihkan lah kesihatannya n kuat kan semangat mama Damia untuk tempuh dugaan ini. Kau lindungi la mereka ya ALLAH.

setakat hari nie aku dpt tau Damia di beri ubat tido untuk dia rehat. Damia kena kuat syg.....bertahan la syg(T_T). Mak Ngah doa n solat hajat untuk Damia.....Semoga ALLAH di sisi lindungi Damia...Amin

p/s: kepada yg membaca blog nie....sama-sama doa kan Hannah Damia ye, terima kasih.

No comments:

Post a Comment