Saturday, November 24, 2012

Roti Keramat

Bangun pagi ari ni terasa nak buat roti keramat untuk breakfast. Semalam lagi dah fikir nak buat roti keramat untuk breakfast. Tepung gandum pun dah siap-siap beli semalam. Bahan-bahannya senang je. Tepung gandum, telur, minyak, garam, gula, soda bikarbonat dan air. Sebenarnya resepi ni arwah Maa yang ajar. Sejak dia tgk harith suka makan dia ajar aku buat. Sebenarnya ada sukatan masa dia ajar tu, berapa tepung, brapa minyak tapi biasalah aku ni main ikut suka je. Janji garam and soda bikarbonat tu sikit je. Gaul semuanya sampailah jadi adunan yang sebati. Ada gak tip dari arwah, kalo nak tgk adunan kita tu dah ok blum, tak pekat sangat dan tak cair sgt. Berdasarkan tu ja la aku buat bancuhan adunan ni. Sebab tu tak ikut sukatan. Main masuk je dan bancuh asal jadi mcm yang Maa tunjuk tu jadi la. Kalo tak aku tambah tepung tak pun tambah air...hahahaha.


Nampak je tak cantik. Tapi sedap. Habis Harith n Incik suami makan. Petang ni tadi harith bangun tido mintak lagi. Sebab lapar kot baru bangun tido dan hujan lagi pun. Sedap makan roti keramat hujan-hujan mcam ni dengan milo panas. Dulu masa Maa ajar aku buat ni pun dalam hujan. Ingat lagi masa tu dapur lama lagi. Tak silap esok nya air naik. Harith sempat la main air banjir dalam dapur tu. Emm...semua tu kenangan. 



Friday, November 23, 2012

Pergi Mu Buat Selama-lamanya....

18 NOV 2012...tarikh yang tak akan kami lupakan. Maa pergi buat selama-lamanya menghadap penciptanya. Allahuakbar...tak terbendung rasa sedih dihati. Aku yang baru 5 tahun jadi family ni pun rasa sedih yg amat inikan pula anak2 arwah.

Banyak kenangan bersama arwah. Satu persatu kenangan tu kembali bermain diminda. Nak meraung aku mlm tahlil hari pertama sedang aku basuh pinggan, adik ipar ku melarang basuh pinggan. Selalunya Maa yang akan larang bila tgk aku basuh pinggan. Aku la menantu yang paling tak pandai buat kerja huhuhu. Lepas tu disambut pula sapaan dari adik sorang lagi "Kak Aja rindu Maa?" soalan tu aku biarkan tak berjawab sbb duk tahan air mata nak jatuh. Sememangnya aku seorg yg kememe. Walaupun arwah seorang yang tegas dan garang tapi baik dan penyayang. Banyak aku belajar dari arwah...terutama bab berjimat cermat. May be sebab family incik suami yang ramai adik-beradik ni membuatkan arwah sentiasa berjimat cermat dan tak suka pembaziran. 

Masih terkesan ciuman terakhir arwah pada aku ketika aku n incik suami nak balik Kulim selepas raya haji bulan lepas. Memang lepas ciuman tu aku terdetik dalam hati sebab rasa lain dan selalu teringat-ingat. Rupanya itulah ciuman terakhir Maa. 

Mungkin selepas ni suram la suasana rumah di Kg Laut tu. Hanya tinggal abah sahaja yang akan menanti kepulangan anak-anaknya. Tiada lagi wajah Maa di tangga rumah menunggu dan mengira kepulang anak2nya satu persatu setiap hari Jumaat.

Al-Fatihah buat Maa...Semoga Maa tenang di sana dan semoga roh mu ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman dan beramal soleh...Amin