Thursday, September 29, 2011

Warded

Sekali lagi aku pasrah n redha dengan ketentuan mu ya Allah. Kali ke2 aku mengalami completely abortion. Masuk 10 minggu kerisauan aku jadi kenyataan. Aku redha.


menunggu doktor dtg, muka ku yg pucat lesi

Kali ni doctor pakar yg cek aku pagi tadi, kata aku incomplete abortion.

Dr. Hairani: ok incomplete abortion. better D&C. u boleh start puasa la. Masuk ward.

Aku: Tak leh bagi turun mcm biasa ke doctor?( sebenarnya takut )

Dr Hairani: I takut tak turun mcm biasa tu la I suruh buat D&C. takut infection.

Aku: emm...ok.

Dgn rasa terpaksa n takut...p la aku ni di cucuk drip, di ambil darah segala bagai, tanda tgn surat operation dgn Dr cina yg mengantuk asik silap cakap pas tu nak marah org( nasib ko abis shif dah lepas tu).

1st time kena cucuk drip...sakit!

pukul 8pg Dr pakar (lelaki) yg shif pg lak masuk cek. Dr nie aku tgk cool je. Dia suruh aku di scan sekali lagi. Pukul 10.30pagi aku di scan di bahagian pakar O&G, Dr yg pukul 8pg tadi nie jugak yg scan aku.

Dr Ruhaifi : ok pada saya, kosong dah rahim. habis keluar. kalo ikut saya tak payah buat D&C.
(aku masih ingt lagi kata2 dr Ruhaifi ni jugak msa 1st abortion, D&C nie ada jugak risikonya)

Dr Ruhaifi : ke awak nak buat jugak D&C.

Aku: saya tak nk lah. kalo dah betul kosong. tak yah la D&C. (sebenarnya aku takut)

Dr Ruhaifi: kalo mcm tu awak boleh balik. lepas nie boleh makan mcm biasa la.

Aku: tq dr.

alhamdulillah capai handset nak bgtahu incik suami, tetiba terdengar nurse duk sound dari belakang..."boleh kuar hospital tghari nanti ye". chatt! tau je apa aku nk buat.

balik la aku dlm wad 10 katil 8 tadi. balik2 wad, rasa nk pitam di tambah sakit kat tempat drip dicucuk. Baru teringat tak makan apa lagi sebb dr Hairani suruh puasa. makan alas perut dgn roti kaya( breakfast pg tadi aku ambik simpan dlm beg...nasib baik ambik) tanpa air. tak de air aku nk minum sbb masuk hospital awal pagi n tak terpikir akan warded.

pukul 12.30thari aku terpaksa la p mintak nasi kat pantri. sbb nurse yg sediakan mkanan tu ingt aku puasa. kena jugak mintak sebab aku rasa nak pengsan, kebulur n kehausan.

lauk hospital

pukul 1.30ptg baru la my heroes dtg. mandi2, bayar bil n check out. than p lunch sekali lagi bersama my heroes. balik rumah...rehat sambil taip ini blog.

teringat kata2 semangat dari sorg sahabat yg sms pg tadi

'ampa sabar nah. kena pecaya Allah selalu bg yg terbaik utk kita. so kita kena redha, nk terima yg terbaik dr Allah. insyaAllah nnti ada rezeki lagi'

p/s: tq my heroes, kawan2 dikala kami jauh dari saudara mara: Aida, Fairuz, ila.

Saturday, September 17, 2011

Harith Penat lagi



Start semlm batuk harith jadi kerap dgn hingus mencurah-curah. Patutnya dari semalam lagi terus p klinik ambik ubat. Tapi mlm tadi baru p klinik. Balik klinik lepas mkn ubat harith dah mula penat. Sepanjang mlm merenggek dia ckp dia batuk. Nafas dia laju n berbunyi. kesian aku. Lelap 10 minit Harith akan terjaga dan merenggek. Nak je aku kejutkan incik suami ajak p hospital. Kesian tgk Harith bernafas mcm tu. Mcm org baru lepas berlari. Penat tu.

Tak cukup 6jam..aku bagi ubat lagi kat harith. Kesian tgk dia bernafas mcm tu. Lepas mkn ubat hampir kul 4pg baru harith lama sikit lelap, tapi kerap jugak bangun. Aku pulak tak sabar dah nak tunggu siang. Nak p klinik mintak harith sedut ubat.

kul 8.30pg kita org bawak harith p klinik. Dr suruh sedut ubat. Dr kata kalo p hospital kena tahan nie. Kat hospital sekurang-kurang 3 ke 4 kali kena sedut ubat. Lepas sedut Dr suruh balik makan ubat yg diberi mlm tadi. tghari sikit Dr suruh dtg lagi klinik sedut ubat.


pukul 2ptg baru aku p balik klinik. sedut ubat lagi. kesian anak ibu. balik rumah bagi harith ubat. nie sekarang harith tgh tido. harap2 dia bangun nnti dah kurang penat dia.

Ketam Masak Sambal

Brapa hari dah tak masak. Hari ni tak de kelas, pg2 lagi ajak harith p kedai cari barang nak masak. Ingat nye nak beli ayam, sekali nampak ketam terus beli. Beli 2 ekor je pun. Balik rumah terpikir nk masak apa ketam tu....last2 decide masak sambal je. Rasa teringin nk makan ketam sambal mcm kat Juru. Nak p sana malas. so masak sendiri.



bahan-bahan:
10 tangkai cili kering
4 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 inci halia
(semua bhn diatas di kisar)

2 ekor ketam (di belah 2)
1 btg serai ( dititik)
sos tiram
garam
gula

senang je masak nye....tumis serai dgn bahan dikisar, than masuk sos tiram, ketam, garam dan gula. siap! boleh la untuk 2 ke 3 org makan.

Thursday, September 8, 2011

Open House Kecil-kecilan

Semlm aku buat open house kecil-kecilan, panggil jiran2 sahaja. di sebabkan aku tak de kuih, so buat la masak2 sikit. buat soto je pun. incik suami aku arahkan beli kek marble n kek pisang di kedai. untuk tambahan, aku kuarkan gak kerepek pisang incik suami beli di tempat keje dia, kerepek kulit popia kak ipar bagi, cornfleks madu n mini popia yg aku buat. tu je kuih raya aku. ok la tu drpd tak de.

pukul 6 ptg start jiran2 dtg. Alhamdulillah pukul 8mlm semuanya selesai.


Tuesday, August 30, 2011

Selamat Hari Raya....


Harith & ayah di pagi raya

Ibu mintak maaf...sob sob sob

selamat hari raya atok


Saturday, August 20, 2011

Ramadhan ke20: tak tau nak masak apa dah

Hari nie dah hari ke20 puasa. tinggal kurang 10hari lagi nak raya. Hari nie nak masak apa untuk berbuka? dah tak de idea dah.

Pasar Ramadhan pun dah tak best dah. Tahun nie boleh dikira dgn jari aku beli makanan kat pasar ramadhan. Mkanan sama macam makanan yg dijual setiap minggu kat pasar malam.

waaaaaa dah pukul 5.30 ptg nak masak apa nie???

Monday, August 15, 2011

Ragam Harith


my hair like porcupine



Imam muda Harith

Wednesday, August 10, 2011

Ramadhan ke9: Nasi Tomato


hari nie buat nasi tomato. 1st time buat. Alhamdulillah jadi. Senang je buatnye, kalo semua barangnye ada

Bahan untuk nasi:
Beras
bawang merah
bawang putih
rempah ratus
minyak sapi
susu cair
tomato blend
tomato puri
garam



Beras dicuci. sukatan beras dan air adalah 1:1 (tak termasuk susu + bahan tumis). Tumis hirisan bawang merah n putih bersama rempah ratus. lepas tu masukan tomato blend n puri. masukan susu dlm 1/4 drpd tin dan akhir sekali garam. Tuangkan bahan di tumis ke dlm periuk nasi tadi, than masukan dlm rice cooker.

Ayam masak merah:
Ayam
cili blend
bawang merah (blend)
bawang putih (blend)
rempah ratus
tomato puri
sos cili
garam
gula



untuk ayam masak merah, ayam nye perlu di lumur kunyit n garam dan digoreng dulu. pas tu baru la tumis bawang2 yg diblend bersama rempah ratus. dah keluar minyak masukan tomato puri n cili sos. masuk kan ayam. garam dan gula. siap.

Acar:
timun
carrot
bawang merah
cuka
garam
gula



potong semua bahan timun, carrot, bawang. masukan cuka, garam n gula. siap. senangkan? Kalo semua bahan ada memang senang nk masak. bahan tak de tu yg jadi malas nak masak. itu aku la...huhuhuhu.




p/s: esok nak masak apa pulak ye? bahan2 byk habis dah. nie yg malas masak nie....huhuhuhu

Tuesday, August 9, 2011

aaaaRRRR

Sejak akhir-akhir nie Harith banyak bagi perkataan2 yg kadang2 aku sendiri tertanya mana dia belajar? pandai pulak tu guna kan perkataan tu. contohnya last week time aku baring2 sambil tgk gambar Hannah dlm FB.

Harith: Who is this?
Ibu: Baby Hannah
Harith: She so cute.

harith, harith mane dia belajar perkatan 'cute' pun tak tau. Satu lagi harith suka buat time boring and ibu tak layan dia.

Harith: which one is R? That one is R. R in the mouth....aaaaRRRRR (sambil menjerit aaarrrr kat telinga ibu)

mula-mula aku tak dpt tangkap ayat mula-mula tu. tau2 dia suka menjerit aaarrrr kat telinga aku. nak marah gak kadang2. la nie baru perasan ada ayatnye sebelum jerit aaarrrrrr.


p/s: ramai org tanya, ckp english ker dgn anak? jawapan aku tak, dia tgk kartun.

Monday, August 8, 2011

Ramadhan ke7: Air Sirap bandung soda dgn Roti John

hari nie keluar p pasar ramadhan cari nasi kerabu. sbb aku teringin mkn tapi tak reti buat. kuih muih aku tak kasi incik suami beli, membazir je nnti. aku cakap roti Gardenia ada sebuku lagi kat umah tak makan dah nak expired. Air pun aku tak kasi beli. bulan2 puasa ni tak elok membazir.

sampai rumah dah pukul 7 mlm. lagi 36minit lagi nk berbuka. dgn pantas aku bancuh bahan nk buat roti john stail aku....huhuhu.

resepi: telur 2biji, daging ayam potong kecil2 , daun sup, garam sikit.

panaskan kuali leper than letak bancuhan tadi dlm satu senduk kecil saiz roti gardenia. than tekap dgn roti. agak2 dah masak angkat. lepas tu boleh la sapu mayonis n sos cili. senangkan.

air sirap bandung + soda: sirap, air gula, susu cair, air, air aiscrim soda dan ais

air nie selalu kat kg kalo ada kenduri sure buat. sedap. hilang dahaga. Alhamdulillah, lepas berbuka kurma, roti john dgn air sirap bandung soda, kenyang dah. Solat. Akhirnya nasi kerabu tadi mkn pukul 10 mlm. Lepas aku habis mengajar budak tution.


klik di sini, sini dan sini. terima kasih.

Sunday, August 7, 2011

Ramadhan ke6

Hari ni tak masak. Member-member USM ajak berbuka puasa di luar. Memandangkan incik suami pun keje mlm, so boleh la. So hari ni tak masak....huhuhu.






iklan dari churpchurp. Kalau rajin sila klik sini, sini dan sini ok. Terima kasih!
Link

Saturday, August 6, 2011

Masakan Ramadhan ke5: Nasi Ayam Madu dengan Kuih ketayap

Bersilat aku kat dapur tadi siapkan juadah berbuka puasa nak bagi siap seblum 6.30. sebabnye incik suami nak p kerja. aku buat kuih ketayap sbb nak pulangkan piring jiran sebelah rumah yg bagi kuih bingka pisang semlm. kuih ketayap paling senang nak buat.

inti:
kepala parut
gula melaka
air sikit
.

bancuhan tepung:
1 cawan tepung
1 cawan setengah air
1 biji telur
pewarna hijau
garam sikit.


nasi ayam ikut cara mak je. simple je.....cuma ayam nye je aku buat special sikit.

ayam madu:
ayam
serai
serbuk cili

serbuk ketumba
serbuk jintan manis
kunyit hidup
halia
bawang merah

bawang putih
gula pasir

gula melaka

garam

madu

semua bahan di blend kecuali ayam....than perap ayam dgn bahan yg di blend tadi. lepas 3 jam perap, bakar ayam tadi. nasi ayam nye tumis bawang putih dgn halia, masuk kan beras than masukan air rebusan ayam n garam. siap.

lepas buka, incik suami sms kata ayam madu tu 1st class n kuih pun sedap elok je. tersenyum sensorg, hilang penat masak.

Friday, August 5, 2011

Masakan Ramadhan ke-4: Roti Jala Dan Kari Ayam

huhuhu.....emm, semperna ramadhan nie byk lak aku nak menaip. Start dari 1st Ramadhan aku tak de masak lagi untuk berbuka. semuanya beli dkat pasar Ramadhan. Ramadhan ke4 baru masak. pikir2 apa nk masak, tgk telur ada tepung ada, ayam ada....so aku buat roti jala. mula-mula nk bancuh adunan roti jala tu aku sms mak dulu untuk kepastian. yg aku tau tepung, telur, garam, air n sikit warna kuning. tapi sukatannya aku tak pasti tu yg sms mak...huhuhu.

sms mak: kalo tepung nye 1 cawan, airnye 1 cwan setengah, tlur sebijik, garam sikit, warna sikit.

dpt sms terus aku sediakan than masuk dlm blender supaya tak berketul. siap terus mula menjala....huhuhu. dpt la dlm 12 keping roti jala. Cukup la untuk aku n incik suami bawa bekal ke tmpat kerja.

sambil2 menjala tu masak kari ayam. simple je kari ayam aku. Bwg merah, bwg putih, halia, rempah 4 sekawan, rampah kari ayam, garam, air, ayam n santan.


Roti jala dgn kari ayam gambar dari google

p/s: gambar roti jala aku tak sempat ambik dah habis. huhuhu....sedap ker?

iklan dari churpchurp. Kalau rajin sila klik sini, sini dan sini ok. Terima kasih!

Tuesday, August 2, 2011

Cerita 1 Ramadhan: Bila Anak Hilang

Berderau darah bila tau Rayyan hilang. bila tau je rayyan hilang, terus aku berlari cari dia, tanya org keliling nampak tak budak kecik baju kuning. tapi semua org yg aku tanya kata tak nampak. segala tempat dah aku cari. kepala otak aku dah fikir apa aku nk jawab dgn mama rayyan. bila tak jumpa aku mula fikir bukan-bukan, cepat2 aku doa supaya rayyan selamat n permudahkan aku untuk mencari dia...

Kepada sesiapa kehilangan anak berusia 2tahun 6 bulan, berbaju kuning berseluar hijau, sila mengambilnya dia bahagian.......

aku dgr je announcement tu terus aku berlari ke bahagian lobi hospital. sampai2 tgk rayyan nye tak de. aku tanye guard announcement tu suruh ambik budak tu kat mane? Guard tu jawab tak tau. salah aku tak dgr announcement tu sampai habis. aku berlari masuk balik kat bahagian wad. tanya org2 kat situ...dan dia org kata p hujung bahagian kecemasan.

berlari aku masuk bahagian kecemasan. tanya kaunter than dia bawak masuk bhgian kecemasan betul. tgk2 betul rayyan, Alhamdulillah. mata bergenang air mata si rayyan nye. terus aku dukung n peluk rayyan. ucap terima kasih pada nurse2 n doctor kat situ.

walaupun rayyan anak sedara aku. so sekarang nie aku dpt dah rasa mcm maner hilang anak.

Rayyan n Hannah



p/s: apa perasaan org yg buang ank ye?

Sunday, July 31, 2011

Nasi Ambeng

Balik Batu Pahat kali nie akhir nye dapat gak makan nasi ambeng. Lama dah aku mengidam nak makan nasi ambeng. sampai aku search resepi ayam masak kicap stail nasi ambeng, kat Kedah mana nak dapat nasi ambeng, tu yg masak sendiri. tapi tak jadi sgt, tak sama macam yg selalu aku makan.

kebetulan balik B.P nek usu potong jambul cucu pertama dia dengan menjamu nasi ambeng. dpt la aku makan dengan puasnye...huhuhuhu.

Nasi Ambeng gambar dr google

Esok puasa nak cari makanan wajib cari otak-otak n air katira. waktu bulan puasa ni la senag nk cari, bulan lain payah nak dpt.

Wednesday, July 20, 2011

masak-masak


hari nie boring...tgk ada durian, ada kacang hijau,
ada santan & gula melaka
so masak bubur kacang hijau dgn durian
rasa-rasa jadi tak?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
taaaadaaaaaa

bubur kacang hijau + durian

bagi aku kira jadi la nie. manis pun sedang2 je. aku pun tak suka manis
durian nie pun dah manis.




Sunday, June 12, 2011

Pasrah dan Redha

salam

nampak nye takde rezki lagi harith nak jadi abg. aku pasrah n redha, mungkin ada yg lebih baik yg Allah akan berikan pada aku. pukul 5 pg tadi p hospital doctor sah kan aku miscarriage. sedih jugak, tapi aku dah bersedia. sbb dah 6 hari aku bleeding. tak tau apa puncanya. aku cuma pikir tak de rezeki je. Allah blom nak bagi rezeki kat kami lagi.

kesian incik suami. minggu nie je dia dah kelang kabut , di sebabkan aku bleeding. nasib baik smlm mom in law dtg. kalo tak lagi kelang kabut dgn nak bawak harith sekali p hospital.

apa2 pun thanks to incik suami tercinta kerana byk beri sokongan. thanks to mak n ayah dtg dari BP bawak 'air' n thanks to mom in law, sbb layan aku yg terkaku kejap time bleeding byk tadi.

Sunday, May 29, 2011

batuk + penat

hari nie bgn pukul 5pg konon nk study. study la aku sambil diselangi batuk harith. terdetik dlm hati mcm makin teruk je Harith batuk....lepas subuh kejutkan harith makan ubat. Dah dekat seminggu Harith makan ubt tapi tak baik2. jadi makin batuk n makin selsema. ibu risau.

incik suami p kerja, harith bangun....harith nampak tak brapa cergas. kul 10pg ajak harith p kedai beli ikan n sayur. ibu beli kuey teow kerang kegemaran harith. balik umah, 2 suap aje harith mkn. batuk harith makin kerap. dada pun boleh nampak berombak bila tarik nafas. ibu rasa harith nie mcm nak penat(istilah org utara, istilah biasa lelah) je. ibu risau lagi.

hari nie asik terbaring je

hari nie harith tak nak berenggang. so ibu sambung study atas katil teman harith baring. bila study sambil dgr bunyi nafas harith n batuk yg kerap, ibu dah tak sedap hati. so dgn pantas ibu decide kita p klinik. ibu rasa ubat batuk coklat yg harith dpt ari tu tak sesuai. buatkan batuk makin teruk.

sampai klinik, tak de org. so terus jumpa doctor. doctor suruh tukar ubat batuk. kali nie dapat yg warna putih yg selalu harith dapat. sebelum tu doctor suruh sedut ubat dulu. lepas sedut tu ada la nampak kurang sikit batuk. balik rumah harith tido....

harap2 lepas nie batuk harith makin baik. cepat sihat sayang.

Friday, May 20, 2011

Berita Gembira....

salam........

harith naik pangkat ABANG. Alhamdulillah.....

Sekian terima kasih

Tuesday, May 10, 2011

Selamat Pengantin Baru Amah

salam

1Mei, 10pg adik aku Hasmah or Amah sah jadi isteri org. Setelah banyak dugaan, akhirnya semua nye selamat n berjalan dgn lancar. aku tgk mak n ayah pun sedih dia lain mcam kali nie. tak macam masa time aku n et. Mungkin sedih sbb byk dugaan sebelum kenduri nie. Alhamdulillah.

sedih tgk mak sedih

Jadi isteri yg baik mah...

Semoga Kekal Ke Hujung Nyawa

Bulan April Penuh Dugaan

salam....

sat je dah masuk bulan 5 meninggalkan bulan 4. Bulan 4 yg lepas byk kejadian yg berlaku, awal bulan aku balik kg batu pahat dgn harith sahaja. 1st time tanpa incik suami. seminngu di johor balik kulim aku dah agak bz sbb nk final exam, tapi study still masih main2 huhuhu. Rancangnye 2 minggu sblum final exam nak pulun. tapi kita merancang tuhan yg menentukan.

pg Ahad 17 April dpat panggilan dari kelantan. Mek (nenek incik suami) telah kembali kerahmatullah. Dgn kalut dan terkejut aku kemas apa yg patut sumbat dlam beg terus gerak. tapi bukan balik kelantan terus. p changlun dulu ambik abg ipar yg out station kat sana. lepas tu baru pecut balik kelantan. dgn hampir2 terbabas masuk gaung akhirnya, kami semua tak sempat jugak tgk jenazah arwah mek buat kali terakhir. sampai2 kg, imam dah siap baca talkin. hanya doa je dpt kami kirim semoga arwah di tempatkan di kalangan org yg beriman. Al-Fatihah...
Arwah Mek, Al-Fatihah

4ari kat di kelantan, kami balik kulim. final tinggal seminggu je, so aku memang kena pulun. sbb subjek yg menghafal, aku jadi lembab sikit. lemah tul aku bab2 menghafal nie. sehari sblm final exam aku dpt panggilan intvw keje kat celcom di kl. kalo aku p confrm dapat, gaji yg ditawarkan pun boleh tahan. tapi masalahnye tarikh dan masa betul2 sama dgn hari pekse, terpaksa tolak. 28hb April, hari yg di nanti, paper aku ptg. alhamdulillah semua nye berjalan lancar walupun aku tak tau apa yg aku jawab...hahaha. habis pekse incik suami ambik kat school, sbb kitaorg nk balik batu pahat terus...sbb 1Mei Hasmah adik aku nk kawen. yuhooo balik kg.

Batu Pahat, Johor

Friday, April 1, 2011

Botol Susu BPA Free

sejak akhir2 nie byk aku baca kat FB kat paper pasal botol susu BPA free nie. apa tu? siap kerajaan nk haram kan lagi botol susu yg ada BPA. apa lagi google la. sebelum nie aku tak tau pun pasal nie semua. sejak ada anak semua kena ambik tau.

last week aku p megamall seberang prai, so aku p la cari botol susu BPA free untuk harith ganti botol susu untuk umah pengasuh yg dah harith tinggal kan kat kedai baiki motor. sblum nie aku dgar botol susu BPA free nie mahal. tapi bila pusing2 kat tempat baby nie ada je botol susu BPA free yg murah. aku beli untuk harith pun cuma RM 9.90 je jenama anak ku. bukan tak nak beli yg mahal2. tapi kalo di tinggal kan lagi kat mane2. jenuh tu nak menganti nye.

macam mane kita nak tau botol susu tu BPA free ke tak? sekarang senang je. byk dah di letak label di botol susu tu. kalo tak pun belek2 la botol tu...selalunya kalo di bawah botol ada label seperti nie....
  1. Nombor 7 Pla_7.jpg
  2. Nombor 7 dan PC Pla_7PC.jpg
  3. Nombor 7 dan ‘other’Pla_7ot.jpg
maknanya botol susu tu bukan BPA free. kalo tak de label lagi la bahaya. apa tu BPA? BPA nie atau Biophesphenol A ialah sejenis monomer/ bahan kimia yang digunakan dalam pembuatan plastik polikarbonat untuk menghasilkan botol plastik yang jernih. Pendedahan kepada BPA secara berterusan atau dalam kadar yang tinggi dikatakan punca kepada penyakit kanser, baligh awal dan sebagainya.antara botol susu BPA Free, tapi byk lagi jenama lain

so sekarang harith dah bertukar pada botol susu BPA free sepenuhnya. sebelum nie ibu tak tau n harga botol BPA free nie pun agak mahal, ibu beli yg murah saje (kesian anak ibu).


Sunday, March 20, 2011

Percutian

seminggu lepas p BMLR kita org p bercuti ke langkawi pulak. puas harith, tiap minggu berjalan. kali nie bercuti dengan family sebelah kay. abg isham sefamily, nazly, lisa, ma n abah gerak dari kl mlm jumaat tu. dlm kul 4pg hari sabtu aku gerak dr Kulim n jumpa depa kat RnR Gurun. sampai Kuala Kedah ambik 1st feri. dlm kul 10pg sampai jeti Kuah. p check in aprtment n lunch. dlm kul 3ptg kuar p lepak kat pantai cenang. harith dah teruja nak mandi laut. aku je tak bagi sbb tak bwk baju.

me and my boys

my FIL

Harith in the air

ibu n Harith

my family

harith wit his cousin at Tasik Dayang Bunting

Akhirnya dpt gak Harith mandi pantai

akhirnya dpt main pasir gak

Racing car Harith

balik umah muka kena sunburn

4 hari 3 malam di langkawi, balik kulim Harith kena selsama n muka mengelupas sbb sunburn. duit pun byk dah habis. so lepas nie duduk umah saje huhuhu. tunggu hujung bulan 4 lak kita jalan2 balik kg kat batu pahat.

Jalan-Jalan ke Bukit Merah Laketown Resort

seminggu lepas birthday harith, kay balik keje pagi tu dia ajak siap2 p bukit merah laketown resort. kay kata ganti last week birthday harith tak p mane2. huhuhu...ibu apa lagi dgn ligat kemas beg, bawak apa yg patut. sampai bukit merah 12tghari. terus p lunch. sampai BMLR terus beli tiket. than tunggu bot untuk ke org utan island. seperti biasa harith la teruja tgk org utan kat island tu.

ke Org Utan Island

anak org utan duk aim jajan harith

lepas ke Org Utan Island, kita org ke Eco Park pulak. than baru ke waterpark. time nie harith dah mengantuk n letih sbb dah berlari kat Eco Park. tapi lepas tgk air, terus segar balik. harith n ayah je yg mandi. ibu jadi cameraman je. puas mandi balik kulim...harith pun tertido.

di Eco Park

harith mengantuk tapi mau mandi

ibu, harith dah tak mengantuk lagi

lepas main air, lapar

bg aku BMLR nie mcm kureng sikit. aku tgk byk yg dah berkarat n tak diselengara dgn baik. tong2 yg tergantung pun ada yg mcm dah nak tercabut. bahaya betul.

Friday, March 18, 2011

Happy 3rd birthday Harith

21hb march ari tu birthday harith 3thn. nasib ibu cuti, ayh nye lak mmg cuti. so p la bawak harith jalan2 n cari hadiah. tak p mane pun bawak dia p main puas2 kat playland. harith lak macam tau2 birthday dia, main ambik je mainan yg dia nak. tak pe la nak sekali-sekala.


harith dah rambang mata nak pilih hadiah

ayah belanja makan kek

dah tak sabar nak tunggu sampai rumah nk main train

hadiah tahun nie, yg penting mesti ada lorry

ibu doa semoga anak ibu menjadi anak yg soleh, sihat, cerdik n berjaya dunia akhirat. ibu n ayah love u so much.