Tuesday, August 30, 2011

Selamat Hari Raya....


Harith & ayah di pagi raya

Ibu mintak maaf...sob sob sob

selamat hari raya atok


Saturday, August 20, 2011

Ramadhan ke20: tak tau nak masak apa dah

Hari nie dah hari ke20 puasa. tinggal kurang 10hari lagi nak raya. Hari nie nak masak apa untuk berbuka? dah tak de idea dah.

Pasar Ramadhan pun dah tak best dah. Tahun nie boleh dikira dgn jari aku beli makanan kat pasar ramadhan. Mkanan sama macam makanan yg dijual setiap minggu kat pasar malam.

waaaaaa dah pukul 5.30 ptg nak masak apa nie???

Monday, August 15, 2011

Ragam Harith


my hair like porcupine



Imam muda Harith

Wednesday, August 10, 2011

Ramadhan ke9: Nasi Tomato


hari nie buat nasi tomato. 1st time buat. Alhamdulillah jadi. Senang je buatnye, kalo semua barangnye ada

Bahan untuk nasi:
Beras
bawang merah
bawang putih
rempah ratus
minyak sapi
susu cair
tomato blend
tomato puri
garam



Beras dicuci. sukatan beras dan air adalah 1:1 (tak termasuk susu + bahan tumis). Tumis hirisan bawang merah n putih bersama rempah ratus. lepas tu masukan tomato blend n puri. masukan susu dlm 1/4 drpd tin dan akhir sekali garam. Tuangkan bahan di tumis ke dlm periuk nasi tadi, than masukan dlm rice cooker.

Ayam masak merah:
Ayam
cili blend
bawang merah (blend)
bawang putih (blend)
rempah ratus
tomato puri
sos cili
garam
gula



untuk ayam masak merah, ayam nye perlu di lumur kunyit n garam dan digoreng dulu. pas tu baru la tumis bawang2 yg diblend bersama rempah ratus. dah keluar minyak masukan tomato puri n cili sos. masuk kan ayam. garam dan gula. siap.

Acar:
timun
carrot
bawang merah
cuka
garam
gula



potong semua bahan timun, carrot, bawang. masukan cuka, garam n gula. siap. senangkan? Kalo semua bahan ada memang senang nk masak. bahan tak de tu yg jadi malas nak masak. itu aku la...huhuhuhu.




p/s: esok nak masak apa pulak ye? bahan2 byk habis dah. nie yg malas masak nie....huhuhuhu

Tuesday, August 9, 2011

aaaaRRRR

Sejak akhir-akhir nie Harith banyak bagi perkataan2 yg kadang2 aku sendiri tertanya mana dia belajar? pandai pulak tu guna kan perkataan tu. contohnya last week time aku baring2 sambil tgk gambar Hannah dlm FB.

Harith: Who is this?
Ibu: Baby Hannah
Harith: She so cute.

harith, harith mane dia belajar perkatan 'cute' pun tak tau. Satu lagi harith suka buat time boring and ibu tak layan dia.

Harith: which one is R? That one is R. R in the mouth....aaaaRRRRR (sambil menjerit aaarrrr kat telinga ibu)

mula-mula aku tak dpt tangkap ayat mula-mula tu. tau2 dia suka menjerit aaarrrr kat telinga aku. nak marah gak kadang2. la nie baru perasan ada ayatnye sebelum jerit aaarrrrrr.


p/s: ramai org tanya, ckp english ker dgn anak? jawapan aku tak, dia tgk kartun.

Monday, August 8, 2011

Ramadhan ke7: Air Sirap bandung soda dgn Roti John

hari nie keluar p pasar ramadhan cari nasi kerabu. sbb aku teringin mkn tapi tak reti buat. kuih muih aku tak kasi incik suami beli, membazir je nnti. aku cakap roti Gardenia ada sebuku lagi kat umah tak makan dah nak expired. Air pun aku tak kasi beli. bulan2 puasa ni tak elok membazir.

sampai rumah dah pukul 7 mlm. lagi 36minit lagi nk berbuka. dgn pantas aku bancuh bahan nk buat roti john stail aku....huhuhu.

resepi: telur 2biji, daging ayam potong kecil2 , daun sup, garam sikit.

panaskan kuali leper than letak bancuhan tadi dlm satu senduk kecil saiz roti gardenia. than tekap dgn roti. agak2 dah masak angkat. lepas tu boleh la sapu mayonis n sos cili. senangkan.

air sirap bandung + soda: sirap, air gula, susu cair, air, air aiscrim soda dan ais

air nie selalu kat kg kalo ada kenduri sure buat. sedap. hilang dahaga. Alhamdulillah, lepas berbuka kurma, roti john dgn air sirap bandung soda, kenyang dah. Solat. Akhirnya nasi kerabu tadi mkn pukul 10 mlm. Lepas aku habis mengajar budak tution.


klik di sini, sini dan sini. terima kasih.

Sunday, August 7, 2011

Ramadhan ke6

Hari ni tak masak. Member-member USM ajak berbuka puasa di luar. Memandangkan incik suami pun keje mlm, so boleh la. So hari ni tak masak....huhuhu.






iklan dari churpchurp. Kalau rajin sila klik sini, sini dan sini ok. Terima kasih!
Link

Saturday, August 6, 2011

Masakan Ramadhan ke5: Nasi Ayam Madu dengan Kuih ketayap

Bersilat aku kat dapur tadi siapkan juadah berbuka puasa nak bagi siap seblum 6.30. sebabnye incik suami nak p kerja. aku buat kuih ketayap sbb nak pulangkan piring jiran sebelah rumah yg bagi kuih bingka pisang semlm. kuih ketayap paling senang nak buat.

inti:
kepala parut
gula melaka
air sikit
.

bancuhan tepung:
1 cawan tepung
1 cawan setengah air
1 biji telur
pewarna hijau
garam sikit.


nasi ayam ikut cara mak je. simple je.....cuma ayam nye je aku buat special sikit.

ayam madu:
ayam
serai
serbuk cili

serbuk ketumba
serbuk jintan manis
kunyit hidup
halia
bawang merah

bawang putih
gula pasir

gula melaka

garam

madu

semua bahan di blend kecuali ayam....than perap ayam dgn bahan yg di blend tadi. lepas 3 jam perap, bakar ayam tadi. nasi ayam nye tumis bawang putih dgn halia, masuk kan beras than masukan air rebusan ayam n garam. siap.

lepas buka, incik suami sms kata ayam madu tu 1st class n kuih pun sedap elok je. tersenyum sensorg, hilang penat masak.

Friday, August 5, 2011

Masakan Ramadhan ke-4: Roti Jala Dan Kari Ayam

huhuhu.....emm, semperna ramadhan nie byk lak aku nak menaip. Start dari 1st Ramadhan aku tak de masak lagi untuk berbuka. semuanya beli dkat pasar Ramadhan. Ramadhan ke4 baru masak. pikir2 apa nk masak, tgk telur ada tepung ada, ayam ada....so aku buat roti jala. mula-mula nk bancuh adunan roti jala tu aku sms mak dulu untuk kepastian. yg aku tau tepung, telur, garam, air n sikit warna kuning. tapi sukatannya aku tak pasti tu yg sms mak...huhuhu.

sms mak: kalo tepung nye 1 cawan, airnye 1 cwan setengah, tlur sebijik, garam sikit, warna sikit.

dpt sms terus aku sediakan than masuk dlm blender supaya tak berketul. siap terus mula menjala....huhuhu. dpt la dlm 12 keping roti jala. Cukup la untuk aku n incik suami bawa bekal ke tmpat kerja.

sambil2 menjala tu masak kari ayam. simple je kari ayam aku. Bwg merah, bwg putih, halia, rempah 4 sekawan, rampah kari ayam, garam, air, ayam n santan.


Roti jala dgn kari ayam gambar dari google

p/s: gambar roti jala aku tak sempat ambik dah habis. huhuhu....sedap ker?

iklan dari churpchurp. Kalau rajin sila klik sini, sini dan sini ok. Terima kasih!

Tuesday, August 2, 2011

Cerita 1 Ramadhan: Bila Anak Hilang

Berderau darah bila tau Rayyan hilang. bila tau je rayyan hilang, terus aku berlari cari dia, tanya org keliling nampak tak budak kecik baju kuning. tapi semua org yg aku tanya kata tak nampak. segala tempat dah aku cari. kepala otak aku dah fikir apa aku nk jawab dgn mama rayyan. bila tak jumpa aku mula fikir bukan-bukan, cepat2 aku doa supaya rayyan selamat n permudahkan aku untuk mencari dia...

Kepada sesiapa kehilangan anak berusia 2tahun 6 bulan, berbaju kuning berseluar hijau, sila mengambilnya dia bahagian.......

aku dgr je announcement tu terus aku berlari ke bahagian lobi hospital. sampai2 tgk rayyan nye tak de. aku tanye guard announcement tu suruh ambik budak tu kat mane? Guard tu jawab tak tau. salah aku tak dgr announcement tu sampai habis. aku berlari masuk balik kat bahagian wad. tanya org2 kat situ...dan dia org kata p hujung bahagian kecemasan.

berlari aku masuk bahagian kecemasan. tanya kaunter than dia bawak masuk bhgian kecemasan betul. tgk2 betul rayyan, Alhamdulillah. mata bergenang air mata si rayyan nye. terus aku dukung n peluk rayyan. ucap terima kasih pada nurse2 n doctor kat situ.

walaupun rayyan anak sedara aku. so sekarang nie aku dpt dah rasa mcm maner hilang anak.

Rayyan n Hannah



p/s: apa perasaan org yg buang ank ye?