Sunday, June 2, 2013

Setelah lama menyepi...

Salam....wah lama dah tak berblog. Apa alasan nk beri ye? Sebelum nya mmg busy menyiapkan thesis dan berviva. Lepas semuanya dah selesai kemalasan pulak melanda diri.

Alhamdulillah viva n thesis sudah selamat selesai masa bulan Februari ari tu. Nak jadikan cerita...lagi berapa minggu nak berviva aku jadi lembik, tak bermaya. Masa ni punya la berperang dengan perangai malas, lembik dan tak bermaya. Semua skrip viva, slide viva dibuat last minute. Bila start muntah2, loya2 so mula dah syak ada yg tak kena dgn aku. So bila cek2, alhamdulillah. Rupanya semua ni sbb nak tambah ahli keluarga.

45minit ke 1jam drive ke USM buatkan aku jd tambah lembik. Gagahkan juga demi nak habiskan master ni. Tak tau mana silapnya dugaan datang lagi. Lagi beberapa hari nak viva aku bleeding. Rasa sedih dah. Mungkinkah peristiwa tu akan berulang kembali. Sedih dah ni. P klinik pakar wanita di Kulim ni. Dr kata ada kantung sahaja and a dot. " u byk2 berdoa yer, semoga ada keajiban berlaku. Lagi seminggu u dtg kita scan balik tgk ada perkembangan atau tidak" sedih bila Dr kata mcm tu. So sepanjang nak sampai ke hari viva, aku masih bleeding. Aku just pujuk hati kalo ada rezeki, Allah akan beri.

Hari appointment Dr adalah hari aku viva. Aku p viva bg selesai semua tu. Alhamdulillah viva berjalan lancar. Thesis perlu dihantar pada 27hb Feb. Aku hanya dgr sekali lalu then yg penting aku balik rumah rehat serehat2nya. Malas dah fikir. Berperang pulak nak p jumpa Dr nak scan untuk tgk perkembangan kandungan aku. Aduh masa ni stress gila. Rasa takut nak tgk kalau2 masih kosong. Aku delay hari scan. Biar aku rasa kuat dulu untuk hadapi semua jawapan yg bakal aku terima.

Seminggu jugak aku delay nak p scan. Mabuk aku semakin menjadi pulak. Time nak p mengajar la mabuk tu datang. Satu hari tu aku sorg2 kat rumah, incik suami kerja, Harith sek aku terasa nak p klinik p scan. P klinik kat dgn rumah je. Bedebarnya hanya tuhan yg tahu.

Ya keputusannya Alhamdulillah. Dah nampak ada bentuk janin. Alhamdulillah. Syukur sgt2. Bila dah confrm. Mula la menjadi2 mabuknya. Tu membuatkan aku lagi malas nak buat apa2. Blog ni memang tak bukak la. Aku betul2 layan lembik aku. Rumah pun aku tak peduli sbb Dr pesan jangan buat kerja berat2, mop2 lantai. So memang aku melayan diri je. Sbb mmg ni yg aku nk dan tunggu selama ni. Harap sgt kandungan kali ni ok sampai bersalin. Thesis pun aku hantar last minit. 27 hb hari last, 27hb jugak la aku hantar. Huhuhuhu

Sekarang kandungan aku dah 28weeks. Alhamdulillah semuanya sihat. Walaupun ada jugak dugaan masa awal2 pregnancy ari tu. Harapnya semuanya selamat sampai bersalin nnti.

1 comment: